Sunday, 9 April 2017

Bila sebut tentang protein biasa kita akan cenderung untuk kebaikan otot dan membekalkan tenaga. Sebenarnya protein bukan sahaja baik untuk otot dan memebrikan tenaga malah ia sangat penting untuk kulit, gigi, tulang, rambut, darah dan lain-lain.

Benda kedua penting untuk tubuh badan selain daripada air, badan kita perlukan protein untuk memberikan sel-sel dalam tubuh badan kita makanan dan ia akan membentuk tisu-tisu. Jika makanan yang kita ambil itu baik..insya allah badan kita akan menyerap nutrien yang baik-baik dan lain pula jika pengambilan itu sebaliknya.

Disini saya ingin kongsikan tentang pengambilan protein soya daripada Shaklee iaitu ESP (Energizing Soy Protein). Soya dalam ESP adalah soya yang tidak diubah secara ginetik juga boleh dikatakan soya organik atau nama lainnya NON-GMO (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses menggunakan suhu yang rendah.

ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Tambahan pula untuk 1 tin ESP (850g beratnya) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP shaklee mengandungi 9 jenis asid amino (essential amino acid) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan ia perlu di ambil dari sumber makanan lain. ESP sangat sesuai dengan untuk semua peringkat umur  tua  dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iatu 39 sesuai kepada penghidap kencing manis.

Wednesday, 5 April 2017

Jenis-jenis kulit
Kulit muka berminyak pasti pernah di alami oleh setiap orang. Setiap kali kita beraktiviti, cuaca panas ataupun lambat mandi pasti kita akan rasa belengas betul tak? Pernahkah anda mencuci muka, kemudian selepas beberapa minit kulit muka berminyak lagi sekali itu tandanya kulit anda adalah jenis yang 
berminyak. 


PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK
  • Makanan berlemak - Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.
  • Hormon tidak seimbang - Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.
  • Salah pilih kosmetik - Alat kosmetik mengandungi bahan kimia. Sebagai wanita, anda perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit, ia boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.  
  • Genetik - Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik- beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.
  • Ubat-ubatan - Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.
  • Stres - Sebagai tindakbalas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilat dari jauh.


CARA MENGATASI KULIT BERMINYAK

  • Mencuci muka - Menjaga kebersihan muka sangat penting. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersih wajah dua kali sehari. Jika kerap membersih wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersih wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari. Tidak di galakkan menggunakan 
  • Minum air kosong - Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.
  • Air suam - Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampur sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.
  • Putih telur - Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.
  • Pisang - Selain berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika menstruasi, pisang yang kaya dengan vitamin A, B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di wajah yang telah dicuci. Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk meyingkirkannya. 
  • Lemon - Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan tekap di wajah. Jika mahu kesan yang lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihkan kulit daripada dalam.
Anda boleh mengikuti tips ini untuk mengawal kulit berminyak pada kulit wajah. Disamping itu anda juga boleh mengambil makanan tambahan diet dan protein bagi menjaga kesihatan kulit anda. 


Contact us

Name

Email *

Message *