Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Thursday, 13 October 2016

Rupanya KACANG SOYA telah di amalkan oleh NEGARA NEGARA ASIA sejak beribu tahun ! terutamanya negara Jepun. Patut la kulit mereka licin-licin. Ramai dari kalangan Asia yang mengambil soya sebagai makanan sampingan mereka. Makanan yang paling popular yang saya tahu setakat ini adalah tauhu dan tempe untuk dijadikan lauk atau dimakan begitu sahaja. 

Sebenarnya banyak sangat kebaikan kacang soya untuk tumbuh badan kita. iaitu:-

1. Tinggi Protein
2. Untuk tulang, kerana soya juga mengandungi kalsium
3. Tidak mengandungi Kolesterol
4. Dapat mengurangkan sakit jantung dan risiko kanser
5. Rendah lemak


dan banyak lagi kebaikan soya ini dan anda harus pastikan soya yang anda ambil adalah Non-GMO(Genetically Modified Organisms)  bermaksud tumbuh-tumbuhan(atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali sebagai genetik Engineering). Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkannya kedalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan sesuatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini. 


Tahukah anda ESP SHAKLEE adalah produk NON-GMO. Ia tidak diubah suai malah dicuci dengan air dan bukanya dengan ALCOHOL . ESP shaklee mengandugi 9 jenis amino asid yang sangat baik untuk tubuh badan kita. anda boleh rujuk entri saya sebelum ini atau klik nama-nama 9 amino asid 


Saturday, 8 October 2016

Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya.

JENIS KASUT

Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu
berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian.

Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata.

Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh.

Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan anda kurang stres berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stileto.


Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.




1) Anda perlu mengetahui bentuk kaki anda.
Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.



2) Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Apabila anda membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.



Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.



Semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang betul. Anda perlu tahu, TAK SEMUA DESIGN KASUT SESUAI DENGAN BENTUK KAKI ANDA. Biarlah cantik dan selesa, jangan sekadar cantik tapi kaki merana kemudian hari.




7 Jenis Makan Kesihatan Terbaik Untuk Wanita Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin meningkat. Sebagai wanita, perlu dititik beratkan kesihatan walaupun terlalu sibuk menjaga keluarga dan kerjaya. Sayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain. Berikut saya kongsikan 7 Makanan Kesihatan Wanita Adalah :

1) Protein soya – Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari. ESP protein Soya yang membekalkan 14gram soya dalam satu hidangan, rendah lemak, tanpa kolesterol dan bertindak mencegah kanser payudara dan kanser rahim.

2) Bijirin penuh – Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3) Makanan tinggi folat -Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari. 2 biji Bcompleks harian membekalkan 400mcg folat. Bcompleks juga membantu mood wanita ceria dan mengelakkan stress.

4) Jus kranberi – Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5) Air – Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6) Sayuran hijau – Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7) Makanan penuh Vitamin C – termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang.

Contact us

Name

Email *

Message *