Thursday, 11 December 2014

Hye people!! salam satu Malysia..

Oke..sebenarnya baru berkesempatan ni uk update blog pasal Vitamin E Shaklee yang sedang Promo. Bagus la Shaklee nie dalam sebulan nie dia kasi 2 jenis produk untuk promo. Vitamin C dan Vitamin E dari Shaklee...woww!! next year boleh la kita bercantik kan? maklum la sekarang nie Shaklee kasi 2 promotion untuk kecantikan. 

Tanpa mebebel panjang meh saya tunjukkan kebaikan dari Vitamin E itu sendiri. Vitamin E nie boleh terdapat dalam makanan jenis buah-buahan, telur, daging sayur-sayuran dan lain-lain lagi. Selain itu Vitamin E juga terdapat dalam bentuk kapsul atau kata nama lainnya supplemen,

Vitamin E ini bersifat larut dalam lemak yang sangat penting untuk badan kita dan ia mempunyai anti-oksida untuk melindungi sel daripada rosak kesan daripada radikal bebas yang boleh mnyebabkan penyakit kanser.

Vitamin E sangat baik untuk kulit kita yang dapat mnjaga kelembapan pada kulit dan ia juga membantu dalam melambatkan proses penuaan pada kulit kita.

Ia bukan sahaja baik untuk kecantikan kulit tapi juga memberi kebaikan untuk kesihatan dalaman seperti melindungi jantung, katarak dan strok.

Vitamin E bukan sahaja boleh diambil oleh wanita tetapi lelaki juga bole mngambilnya malah di galakkan. Kerana Vitamin E dapat dapat memberikan kekuatan dan kesuburan, sebabnya vitamin E juga dipanggil sebagai vitamin cinta..hikhikhik. Bukan itu sahaja menurut kajian vitamin E dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti yang baik untk sperma.







Sunday, 7 December 2014

Alhamdulillah...nampaknya bulan nie adalah bulan yang sangat dinantikan oleh penggemar shaklee. Mana tidaknya promo Vitamin C Shaklee. Boleh dikatakan bulan ini adalah bulan untuk kecantikan kepada sesiapa yang sangat mnjaga kecantikan luar dan dalam.

maksud kecantikan luar dan dalam yang saya maksudkan ia bukan sahaja mmberikan kulit yang cantik untuk luaran tetapi kesihatan dalaman juga diambil kira.

Terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi dengan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan sehari-hari kita. Tahu kah anda badan kita sekurang-kurangnya memerlukan 500 - 1000mg vitamin C. Vitamn C sangat rapuh dengan cuaca yang panas dan vitamin C yang sedia ada di dalam badan akan musnah.

Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun kita, membina sel darah merah yang sehat dan membantu penyerapan zat besi yang lebih baik juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

Untuk kecantikan pula vitamin C dapat merangsanag dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebayian asas otot, tisu gusi, rangka dan tulang rawan.

Perdapat juga tanda-tanda jika anda kekurangan vitamin c:

  • Panas dalam  adalah salah satu sebab utama kekurangan dalam pengambilan Vitamin C
  • Tubuh terasa tidak sihat dan kerap sangat bersin atau selesama
  • Mudah stress juga adalah faktor2 kekurangan vitamin C
  • Luka yang di alami lambat sembuh
  • Wajah nampak tua berbanding umur - jangan lupa vitamin c dapat membentuk kolagen dalam tubuh badan kita

Sementara promo masih ada moh le kita restock vitamin c yang sedia ada kepada yang ingin mencuba sangat di galakkan..

Ur SID
gusmiy
018-2662 443

Saturday, 6 December 2014

Asalamualaikum reader.. saya nak kongsikan tips genius kepad korang. korang baca la sampai habis. best!! dan korang bole kongsikan cerita nie kepada kawan2 korang yang lain. Insya Allah bermanfaat..=)

"Tips genius
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?
Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.
Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.
Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....
Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin kurang cerdik.
Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...
Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.
Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.
PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).
Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama)."
Wassalam.
Credit to: hamba Allah.

Wah bestnya!! Gusmiy sila semangat !! blog saya dah berwajah baru..giler tak happy duppy. Ini semua ajaran sifu2 Shaklee suruh edit blog. So aura dia lain skit (rasa mcam lebih semangat) Terima kasih adek Mastura sebab dah tolong kita. Dengan adanya blog baru nie. Semangat tu makin berkobar2 jer.. harap boleh istiqomah nk update blog saya nie..

Kepada sesiapa yang nak ada blog dan teringin ingin memekup blog anda. Saya cadangkan korang ke adek mastura. ini link dia ----> MASTURA

Sebab saya rasa puas hati dengan hasil blog dia..Thank you So much to her !! korang kalo berminat boleh masuk blog dia dan pm yer...kalo tak tau nak cari moh le pm saya. Nanti saya kasi eh.

Menulis dalam blog nie adalah sebahagian dari hobi saya..jari2 saya suke menaip. Macam yang bagi tahu sebelum nie, saya memang dah ada blog sendiri tapi disebabkan dah lama tidak update, password and email pun dah lupa. 

Mempunyai blog adalah sesuatu kepuasan kepda individu mcm saya yang suka menulis dan membaca (sila jangan muntah). Berbeza nya menulis di dalam blog dan di dalam buku. Buku lebih kepada personal dan rahsia diri sendiri tetapi kalau blog kita boleh berkongsi-kongsi info, yang lebih bermanfaat dan positif itu lebih bagus!! hehehe

oke..sekian terima kasih dari saya.






Google+ Badge

Contact us

Name

Email *

Message *