Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, 12 May 2018

Pasti ramaikan dah baca buku “Mudahnya Menjemput Rezeki”.
Perkongsian ni saya kongsikan semula sebenarnya dari group lama. Sebab ianya satu catatan mahal untuk panduan kita bersama.

Secara teorinya, apabila kita letakkan gula pada sesuatu tempat, pasti dengan izin Allah, semut datang daripada arah yang tidak disangka-sangka.

Letak sahaja apa yang semut suka seperti gula, pasti ia akan datang daripada arah yang tidak disangka-sangka."Menjemput semut lebih mudah berbanding mencari semut."

Sama seperti rezeki. Apabila kita mengakses pintu-pintu rezeki, ia akan datang daripada arah yang tidak disangka-sangka. Hakikatnya, benar sekali,

"Menjemput rezeki lebih mudah berbanding mencari rezeki."

Bagaimana menjemput rezeki?

Formula:

Gula - sesuatu yang semut suka. Dalam konteks rezeki, gula adalah pintu-pintu rezeki yang perlu kita buka.

Semut - ibarat rezeki yang kita mahu.

Andai mahu semut, berikan gula iaitu sesuatu yang semut suka.

Andai mahu rezeki, buat apa yang Allah suka.

3 'Deposit' Mudah & Ringkas Menjemput Rezeki, insyaAllah Dengan izin dari Nya.

1. Istighfar

Alangkah indahnya hidup andai kita adalah manusia yang sentiasa berbuat pahala dan meninggalkan dosa. Kerana dosa adalah antara penebat rezeki terbaik.

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Namun, lumrah manusia, bertaubat hari ini, esok buat dosa lagi. Oleh sebab itu, ghaibkan dosa dengan mantra istighfar.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

2. Solat Dhuha

Solat Dhuha ibarat kita memohon izin kepada Allah terlebih dahulu,

"Ya Allah, aku solat ini sebagai deposit agar Kau berikan aku ilham di mana dan bila boleh aku dapatkan rezeki.Sesungguhnya Kau yang lebih mengetahui lubuk rezeki untukku hari ini.Aku mohon redhaMu terhadap rezekiku."

Adalah lebih baik, kita tanya Allah terlebih dahulu kemudian Allah lorongkan kita ke lubuk rezeki yang tepat dan betul.

Apabila Allah redha yakni Allah suka, dengan izinNya kita dilorongkan pintu-pintu rezekiNya. Seperti dengan gula yang dapat menjemput semut.Seperti itu, dengan izinNya, kita dapat menjemput rezeki dengan amalan yang Allah suka.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3. Sedekah

Formulanya mudah,
"Andai ingin dapat banyak, beri banyak.Andai ingin dapat sedikit, beri sedikit."

Sinergikan cara menjemput rezeki dengan amalan yang Allah suka yang lain. Kerana, rezeki juga ada rodanya. Andai salah satu tidak stabil, begitu juga rezeki kita. Roda rezeki cantik, insyaAllah rezeki kita juga cantik.

Contoh,
Apabila kita bersedekah sinergikan dengan solat awal waktu, syukur, istighfar dan apa sahaja amalan yang Allah suka.

Ingat kembali formula ini;

Andai mahu jemput semut, deposit dengan gula. Banyak gula, banyak semutnya. Andai mahu jemput rezeki, deposit dengan amalan-amalan yang Allah suka.

Banyak amalan yang Allah redha, dengan izinNya, banyak rezeki Allah beri. Disetiap amalan, tetapkan niat kerana Allah.

MORAL OF THE STORI
TIGA KUNCI - ISTIGFAR, DHUHA, SEDEKAH




Saturday, 8 October 2016



Sangsi nak pilih soya mana satu? Dengar banyak sangat cerita tentang soya, ada kata bagus ada kata bahaya. Maka harini saya kongsikan, Ketika memilih Soya, pastikan anda ada 7 checklist ini untuk memastikan Soya yang anda masukkan ke dalam tubuh anda adalah selamat. 

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik. 

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK  yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid (racun perosak), akan mengandungi khasiat yang rendah. Ia juga mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER !



2. Kacang soya  tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan manusia.

3.  Protein soya tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu. 
 Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon ,antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan mungkin akan terganggu atau berhenti. 


4. Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan alcohol

Isoflavone dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate.
Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang .


5. Bahan anti-tirod mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua bahan ini menggangu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% amino asid amino.  Kekurangan acid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita. 

7. Protein soya itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang denikian unsur kaslium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium 



Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan ESP. Kerana ESP menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat:
•  ESP ditanam secara organik
•  ESP adalah non-gmo
•  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain 
•  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
•  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
•  diproses tanpa pemanasan
•  Ditambah dengan kalsium 500mg


Oleh itu, Pilih lah soya yang mematuhi 7 ciri soya selamat
Dari Shaklee ~ Energizing Soy Protein ESP

your trusted SID (Shaklee independent Distributor)
Gusmiy

Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya.

JENIS KASUT

Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu
berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian.

Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata.

Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh.

Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan anda kurang stres berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stileto.


Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.




1) Anda perlu mengetahui bentuk kaki anda.
Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.



2) Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Apabila anda membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.



Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.



Semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang betul. Anda perlu tahu, TAK SEMUA DESIGN KASUT SESUAI DENGAN BENTUK KAKI ANDA. Biarlah cantik dan selesa, jangan sekadar cantik tapi kaki merana kemudian hari.




7 Jenis Makan Kesihatan Terbaik Untuk Wanita Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin meningkat. Sebagai wanita, perlu dititik beratkan kesihatan walaupun terlalu sibuk menjaga keluarga dan kerjaya. Sayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain. Berikut saya kongsikan 7 Makanan Kesihatan Wanita Adalah :

1) Protein soya – Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari. ESP protein Soya yang membekalkan 14gram soya dalam satu hidangan, rendah lemak, tanpa kolesterol dan bertindak mencegah kanser payudara dan kanser rahim.

2) Bijirin penuh – Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3) Makanan tinggi folat -Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari. 2 biji Bcompleks harian membekalkan 400mcg folat. Bcompleks juga membantu mood wanita ceria dan mengelakkan stress.

4) Jus kranberi – Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5) Air – Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6) Sayuran hijau – Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7) Makanan penuh Vitamin C – termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang.

Saturday, 6 December 2014

Asalamualaikum reader.. saya nak kongsikan tips genius kepad korang. korang baca la sampai habis. best!! dan korang bole kongsikan cerita nie kepada kawan2 korang yang lain. Insya Allah bermanfaat..=)

"Tips genius
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...
Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...
Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....
Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.
Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?
Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...
Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.
Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...
Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....
Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...
Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...
Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.
Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....
Bagaimana ia berlaku?
Ok, logika dan saintifiknya begini...
Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...
Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...
Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...
Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!
Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).
Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.
Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.
Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.
Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.
Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.
Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.
Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!
Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...
Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...
Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....
Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin kurang cerdik.
Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...
Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.
Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.
PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.
Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.
Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).
Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama)."
Wassalam.
Credit to: hamba Allah.

Wah bestnya!! Gusmiy sila semangat !! blog saya dah berwajah baru..giler tak happy duppy. Ini semua ajaran sifu2 Shaklee suruh edit blog. So aura dia lain skit (rasa mcam lebih semangat) Terima kasih adek Mastura sebab dah tolong kita. Dengan adanya blog baru nie. Semangat tu makin berkobar2 jer.. harap boleh istiqomah nk update blog saya nie..

Kepada sesiapa yang nak ada blog dan teringin ingin memekup blog anda. Saya cadangkan korang ke adek mastura. ini link dia ----> MASTURA

Sebab saya rasa puas hati dengan hasil blog dia..Thank you So much to her !! korang kalo berminat boleh masuk blog dia dan pm yer...kalo tak tau nak cari moh le pm saya. Nanti saya kasi eh.

Menulis dalam blog nie adalah sebahagian dari hobi saya..jari2 saya suke menaip. Macam yang bagi tahu sebelum nie, saya memang dah ada blog sendiri tapi disebabkan dah lama tidak update, password and email pun dah lupa. 

Mempunyai blog adalah sesuatu kepuasan kepda individu mcm saya yang suka menulis dan membaca (sila jangan muntah). Berbeza nya menulis di dalam blog dan di dalam buku. Buku lebih kepada personal dan rahsia diri sendiri tetapi kalau blog kita boleh berkongsi-kongsi info, yang lebih bermanfaat dan positif itu lebih bagus!! hehehe

oke..sekian terima kasih dari saya.






Contact us

Name

Email *

Message *