Sunday, 16 October 2016

Hai reader harini saya nak kongsi kan pengalaman saya menggunakan shaklee sejak dari tahun 2014. nak masuk 2 tahun dah menggunakan produk shaklee nie. Alhamdulillah sepanjang saya menggunakan produk shaklee nie saya masih belum merasai healing crisis (proses penyembuhan). Malah saya mendapat hasil yang positif dari penggunaan produk shaklee ini.


Produk pertama shaklee yang saya guna adalah Vitamin B complex dan Zink complex. Dua jenis produk yang saya guna adalah sebahagian dari set keguguran rambut. Bukan sahaja rambut kurang gugur..malah saya mendapat side effect tidur yang lena. Rupa sebelum nie saya mempunyai tidur yang tidak lena, dan salah satu punca keguguran rambut adalah saya suka tension..sampai benda yang kecil2 pun nak stress.
 


Dan jika anda ingin tahu, Vitamin B bertindak sebagai anti-stress. Sebab itu vitamin B sangai sesuai untuk mereka yang sentiasa stress dengan keje, tidak boleh tidur malam(Insomnia), ibu hamil dan terutamanya ibu yang telah melahirkan kerana dikhuatiri mempunyai masalah meroyan (info dari kawan2 yang telah berpengalam melahirkan anak). Bagus ke bagus vutamin B nie, 




Vitamin Zink complex  berfungsi untuk mengatasi masalah rambut. Zink juga boleh membantu mengekalkan tahap hormon yang seimbang. Tetapi jika anda ingin mengetahui tahap kerosakan mana rambut anda. lebih baik rujuk pada yang pakar.




Dengan shaklee ini saya tidak terus mendaftar sebagai ahli. Tetapi saya menggunakan dahulu produk dia dan melihat hasil. selepas mendapat hasil yang positif upline saya mnggalakkan saya supaya join ahli untuk mendapatkan harga ahli yang ternyata lebih murah. sejak dari situ saya telah menggunakan produk2 nya lain seperti vivix, kolagen, ESP dan lain lagi.

Produk kegemaran saya adalah ESP, vivix dan Vitamin C. ESP dan Vitamin c banyak berjasa pada saya untuk masalah kulit. maklumla..kulit kita kan selalu terdedah dengan matahari, kulit yang berminyak sehinggakan jika tumbuh jerawat ia akan meninggalakan kesan. dengan Pengambilan ESP dan vitamin C yang konsisten ia sangat baik untuk penjagaan kulit kita.


Vivix pula banyak berjaya untuk kesihatan ibu dan ayah saya. kadang-kadang ibu dan ayah tidak boleh tidur malam kerasa sakit kat bahagian tertentu, contohnya susah untuk bernafas, sakit dada. selepas mngambil VIVIX alhamdulillah tidur lebih lena dan apabila bangun pagi rasa segar. syukur alhamdulillah. Pada saya perkara ini adalah asbab jika berlaku kesembuhan. syukur jugak saya telah menjumpai produk yang sesuai untuk keluarga saya. bukan saja untuk saya seorg. malas untuk keluarga.

Jika anda perlukan konsultasi anada boleh berhubung dengan saya. whatapp atau sms . =)

Saturday, 15 October 2016


Bakso atau baso adalah makanan yang sangat popular di Indonesia, ia adalah sejenis bebola daging
yang mempunyai perasanya tersendiri. Di sebahagian daerah bakso juga dikenali sebagai Pentol. Apabila kita sebut perkataan BAKSO kita dah bole tahu itu adalah makan Indonesia betul tak? jika pergi ke indonesia yang dicari itu biasanya adalah Bakso. Bakso ini bukan hanya satu jenis malah bermacam-macam jenis bakso yang boleh kita jumpa apabila kita memasuki negara Indonesia. contohnya, Bakso tenis (saya pernah jumpa di daerah madura), Bakso ikan (saya jumpa di daerah bawean), Bakso telur (didalam bakso itu terdapat sebiji telur) dan banyak lagi sebenarnya utuk disenaraikan.

Semalam saya telah mencuba membuat bakso mengikuti resepi di facebok Rahmawati kitchen. alhamdulillah sedap. Resepi nya juga ringkas dan mudah.

Bahan untuk bakso atau bebola daging: 
1 kg daging lembu (dicincang lumat)
200gram daging ayam (dicincang lumat) tapi saya tidak guna sebanyak 200gram - fungsinya supaya ayam bakso tadi tidak terlalu hitam.
300gram tepung ubi
2 biji putih telur
1 sudu baking soda
Air ais secukupnya (air + ais)
1 labu bawang putih*
1 sudu lada putih*
garam secukupnya*
MSG bole letak jika suka*

**Bahan yang bertanda (*) ditumbuk dahulu sehingga lumat

Cara Membuat:

Daging yang telah dicincang lumat hendak la dihaluskan sekali lagi  menggunakan food processor supaya hasilnya nanti nampak lebih kemas (tetapi saya tak guna sebab alat tu tiada di rumah..hehehe)

Sediakan besen yang agak besar., masukkan daging lembu dan ayam tadi, tepung ubi, putih telur, baking soda, dan rempah yang bertanda (*) yang telah dilumatkan.

kemudian gaul kesemua sehingga rata..sambil berselawat dan berzikir  (cewah)..

apabila telah digaul rata..masukkan air ais sedikit demi sedikit. campuran air dengan bahan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.  uli sehingga 30 mnit.

cara untuk bulatkan bakso anda boleh refer gambar di bawah

sewaktu nak membentuk bakso ini. sediakan air yang sedang mendidih. untuk merebus bakso ini. untuk dapatkan hasil yang lebih sedap masukkan sedikit rempah yang bertanda (*) kedalam air.


cara membentukkan bakso daging. hanya
dengan menggunakan tangan kita. hehe

selepas menjadi bulat. kaupkan dengan sudu
(jika tak mau dging melekat..celupka sudu dengan
air ais tadi)


bakso berendam. jika dia telah timbul..
bermakna bakso telah masak




tadaaaa,,ini hasilnya. tidak begitu halus
kerana tidak menggunakan pengisar daging.
(yang oenting sedap)

p/s: saya suka sangat makan bakso nie..entah kenapa mungkin sebab ada darah indonesia. maklumla parents saya dari negara sana. bapak saya dari madura, mak saya dari bawean. hehehe. lepas makan dinasihatkan mengambil supplemen omega dan lecithin Shaklee  untuk memecahkan lemak2 dalam badan tu. saya adalah pengedar yang sah. =)









Thursday, 13 October 2016

Rupanya KACANG SOYA telah di amalkan oleh NEGARA NEGARA ASIA sejak beribu tahun ! terutamanya negara Jepun. Patut la kulit mereka licin-licin. Ramai dari kalangan Asia yang mengambil soya sebagai makanan sampingan mereka. Makanan yang paling popular yang saya tahu setakat ini adalah tauhu dan tempe untuk dijadikan lauk atau dimakan begitu sahaja. 

Sebenarnya banyak sangat kebaikan kacang soya untuk tumbuh badan kita. iaitu:-

1. Tinggi Protein
2. Untuk tulang, kerana soya juga mengandungi kalsium
3. Tidak mengandungi Kolesterol
4. Dapat mengurangkan sakit jantung dan risiko kanser
5. Rendah lemak


dan banyak lagi kebaikan soya ini dan anda harus pastikan soya yang anda ambil adalah Non-GMO(Genetically Modified Organisms)  bermaksud tumbuh-tumbuhan(atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali sebagai genetik Engineering). Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkannya kedalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan sesuatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini. 


Tahukah anda ESP SHAKLEE adalah produk NON-GMO. Ia tidak diubah suai malah dicuci dengan air dan bukanya dengan ALCOHOL . ESP shaklee mengandugi 9 jenis amino asid yang sangat baik untuk tubuh badan kita. anda boleh rujuk entri saya sebelum ini atau klik nama-nama 9 amino asid 


Saturday, 8 October 2016



Sangsi nak pilih soya mana satu? Dengar banyak sangat cerita tentang soya, ada kata bagus ada kata bahaya. Maka harini saya kongsikan, Ketika memilih Soya, pastikan anda ada 7 checklist ini untuk memastikan Soya yang anda masukkan ke dalam tubuh anda adalah selamat. 

1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik. 

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK  yang menggunakan baja kimia dan racun pestisid (racun perosak), akan mengandungi khasiat yang rendah. Ia juga mempunyai kandungan nitrat yang tinggi. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER !



2. Kacang soya  tu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi ia berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan manusia.

3.  Protein soya tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu. 
 Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon ,antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan mungkin akan terganggu atau berhenti. 


4. Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dengan alcohol

Isoflavone dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate.
Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang .


5. Bahan anti-tirod mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua bahan ini menggangu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% amino asid amino.  Kekurangan acid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita. 

7. Protein soya itu mesti ditambah dgn unsur kalsium..kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yang denikian unsur kaslium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium 



Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan ESP. Kerana ESP menepati 7 ciri-ciri soya yang selamat:
•  ESP ditanam secara organik
•  ESP adalah non-gmo
•  Mengandungi 9 amino asid perlu dan mineral & vitamin lain 
•  Ia dibersihkan dengan menggunakan air.
•  Tiada bahan anti-tiroid / anti-growth
•  diproses tanpa pemanasan
•  Ditambah dengan kalsium 500mg


Oleh itu, Pilih lah soya yang mematuhi 7 ciri soya selamat
Dari Shaklee ~ Energizing Soy Protein ESP

your trusted SID (Shaklee independent Distributor)
Gusmiy

Orang kata, menggayakan kasut biarlah sepadan dengan usia. Begitu juga tidak semua kasut sesuai dan selamat buat anda. Ketahui jenis-jenis kasut yang sesuai dengan bentuk dan juga saiz kaki, serta panduan berguna membeli kasut dengan betul agar anda tidak merana kesakitan atau asyik perlu menukar dan memulangkannya.

JENIS KASUT

Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu
berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian.

Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata.

Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh.

Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan anda kurang stres berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stileto.


Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.




1) Anda perlu mengetahui bentuk kaki anda.
Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.



2) Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Apabila anda membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.



Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau dan tidak mengalami sebarang masalah adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.



Semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang betul. Anda perlu tahu, TAK SEMUA DESIGN KASUT SESUAI DENGAN BENTUK KAKI ANDA. Biarlah cantik dan selesa, jangan sekadar cantik tapi kaki merana kemudian hari.




7 Jenis Makan Kesihatan Terbaik Untuk Wanita Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin meningkat. Sebagai wanita, perlu dititik beratkan kesihatan walaupun terlalu sibuk menjaga keluarga dan kerjaya. Sayangi diri sendiri untuk menyayangi orang lain. Berikut saya kongsikan 7 Makanan Kesihatan Wanita Adalah :

1) Protein soya – Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijirin bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari. ESP protein Soya yang membekalkan 14gram soya dalam satu hidangan, rendah lemak, tanpa kolesterol dan bertindak mencegah kanser payudara dan kanser rahim.

2) Bijirin penuh – Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya dialami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, roti gandum, dan barli.

3) Makanan tinggi folat -Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari. 2 biji Bcompleks harian membekalkan 400mcg folat. Bcompleks juga membantu mood wanita ceria dan mengelakkan stress.

4) Jus kranberi – Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

5) Air – Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

6) Sayuran hijau – Sayuran hijau menyediakan nutrien dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

7) Makanan penuh Vitamin C – termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik.Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang.

Contact us

Name

Email *

Message *