Saturday, 15 October 2016

Resepi Bakso Sedap dan Mudah


Bakso atau baso adalah makanan yang sangat popular di Indonesia, ia adalah sejenis bebola daging
yang mempunyai perasanya tersendiri. Di sebahagian daerah bakso juga dikenali sebagai Pentol. Apabila kita sebut perkataan BAKSO kita dah bole tahu itu adalah makan Indonesia betul tak? jika pergi ke indonesia yang dicari itu biasanya adalah Bakso. Bakso ini bukan hanya satu jenis malah bermacam-macam jenis bakso yang boleh kita jumpa apabila kita memasuki negara Indonesia. contohnya, Bakso tenis (saya pernah jumpa di daerah madura), Bakso ikan (saya jumpa di daerah bawean), Bakso telur (didalam bakso itu terdapat sebiji telur) dan banyak lagi sebenarnya utuk disenaraikan.

Semalam saya telah mencuba membuat bakso mengikuti resepi di facebok Rahmawati kitchen. alhamdulillah sedap. Resepi nya juga ringkas dan mudah.

Bahan untuk bakso atau bebola daging: 
1 kg daging lembu (dicincang lumat)
200gram daging ayam (dicincang lumat) tapi saya tidak guna sebanyak 200gram - fungsinya supaya ayam bakso tadi tidak terlalu hitam.
300gram tepung ubi
2 biji putih telur
1 sudu baking soda
Air ais secukupnya (air + ais)
1 labu bawang putih*
1 sudu lada putih*
garam secukupnya*
MSG bole letak jika suka*

**Bahan yang bertanda (*) ditumbuk dahulu sehingga lumat

Cara Membuat:

Daging yang telah dicincang lumat hendak la dihaluskan sekali lagi  menggunakan food processor supaya hasilnya nanti nampak lebih kemas (tetapi saya tak guna sebab alat tu tiada di rumah..hehehe)

Sediakan besen yang agak besar., masukkan daging lembu dan ayam tadi, tepung ubi, putih telur, baking soda, dan rempah yang bertanda (*) yang telah dilumatkan.

kemudian gaul kesemua sehingga rata..sambil berselawat dan berzikir  (cewah)..

apabila telah digaul rata..masukkan air ais sedikit demi sedikit. campuran air dengan bahan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak.  uli sehingga 30 mnit.

cara untuk bulatkan bakso anda boleh refer gambar di bawah

sewaktu nak membentuk bakso ini. sediakan air yang sedang mendidih. untuk merebus bakso ini. untuk dapatkan hasil yang lebih sedap masukkan sedikit rempah yang bertanda (*) kedalam air.


cara membentukkan bakso daging. hanya
dengan menggunakan tangan kita. hehe

selepas menjadi bulat. kaupkan dengan sudu
(jika tak mau dging melekat..celupka sudu dengan
air ais tadi)


bakso berendam. jika dia telah timbul..
bermakna bakso telah masak




tadaaaa,,ini hasilnya. tidak begitu halus
kerana tidak menggunakan pengisar daging.
(yang oenting sedap)

p/s: saya suka sangat makan bakso nie..entah kenapa mungkin sebab ada darah indonesia. maklumla parents saya dari negara sana. bapak saya dari madura, mak saya dari bawean. hehehe. lepas makan dinasihatkan mengambil supplemen omega dan lecithin Shaklee  untuk memecahkan lemak2 dalam badan tu. saya adalah pengedar yang sah. =)









No comments:

Post a Comment

Contact us

Name

Email *

Message *